SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG A. SHAHIDE . SELAMAT BERKENALAN

PADA RUANGAN "PAGES" TERDAPAT SEBUAH KISAH BEREPISOD TENTANG HAINIK DAN RAKAN-RAKANNYA.
KISAH INI MEMPUNYAI KES DANTERDAPAT BEBERAPA EPISOD DI DALAMNYA.JADI SELAMAT MEMBACA......

KARYA: FAIL HITAM [KES 1]


KES1: HARTA YANG SATU
Episod 1.
 Kabus malam menyebabkan saya tidak nampak dengan jelas,” seorang saksi memberikan kenyataan dengan teragak-agak dan kurang yakin. “hish, tak habis-habis dengan kes samun, agaknya diaorang ni fakir sangat,” rasa geramnya hanya dapat diluahkan melalui kata-kata sahaja.Dia sentiasa mengambil kisah tentang  bencana sosial.
          “kalau macam tu, bertukarlah menjadi superman” pantas saja mulut Arina menyampuk monolog Hainik. Hainik berasa agak terkejut, namun dia sebenarnya terkejut disebabkan dirinya sendiri. “saya kata kuat sangat ke?,”
          “taklah, aku yang baca minda kau,” Arina cuba ingin bergurau tetapi dia sedar bergurau dengan Hainik ibarat bergurau dengan robot yang tidak ada emosi. Disebabkan itu ramai rakan-rakan Hainik memanggil Hainik dengan gelaran “robotic human”. Namun seperti biasa, dia tetap dengan sifatnya yang tidak kisah tentang apa pun orang kata.
          Seorang anggota polis menghampiri Hainik dan Arina. Namun begitu, mereka masih berdiri tercegat di situ seolah-olah tiada apa berlaku. “encik ni saksi kes ini ke” pegawai polis berunifom itu mengajukan persoalan setelah memerhatikan Hainik dan Arina sejak tadi dari jarak jauh. Reaksi wajah Arina berubah. Namun raut wajah Hainik masih sama. Bola mata Hainik memandang tepat ke wajah polis tersebut tanpa sebarang kelipan mata. Renungan mata Hainik secara tidak langsung telah menjawab segala persoalan pegawai polis tersebut. Pegawai polis tersebut mula melangkah pergi. Pada mulanya perlahan dan kemudian semakin laju menuju ke sebuah kereta putih yang terpapar perkataan “POLIS”.
“wow. How did u do that?’ Arina kagum dengan cara Hainik mengendalikan situasi tersebut. “aku baca minda orang” ringkas hainik menjawab dengan nada sinis. “ouch”. Arina serta merta memahami maksud kata-kata Hainik yang telah menggunakan sindiran tadi sebagai point untuk mengenakan dirinya semula.
[MAKMAL PROF MIKAIL] …
          Di satu sdut di makmal tersebut kelihatan seorang lelaki memakai baju putih sedang sibuk menguji satu bahan yang dinamakan “hipermind” Prof Mick tetap dengan pendiriannya untuk mengkaji bahan tersebut walaupun ramai rakannya mengatakan kerjanya sia-sia.
          “ACCES DATA CODE” paparan skrin bersuara memberikan arahan kepada Hainik dan Arina yang baru tiba. Dengan pantas Hainik menekan kata kunci bagi memberikan arahan agar pintu automatic dibuka. “CODE ACCEPTED’ pintu mula terbuka. Namun ketika itu terdengar suara teriakan dan jeritan Prof Mick dan membuatkan Arina berasa cemas. Dia amat saying akan Pak ciknya itu. Belum sempat Hainik masuk. Arina memintasnya. “pak cik ,apa berlaku?’ Arina tercungap-cungap mengambil nafas kepenatan ditambah rasa bombing akan sesuatu berlaku kepada pak ciknya. “Arina.. formula berhasil!!!”. Arina mula melepaskan nafas keletihannya yang terakhir sambil menggelengkan kepala beberapa kali.

[PEJABAT POLIS]…
          Suasana riuh rendah mengisi ruang legar pejabat polis sewaktu soal siasatan dijalankan. Jarang pihak polis bertelagah dengan seorang wanita.Nanun keadaan ini amat berbeza. Seorang wanita kelihatan berang dengan salah seorang polis .
“kan saya dah kata yang suami saya ada di rumah ketika itu.” Berulang kali Puan Fazura mempertahankan suaminya daripada dituduh melakukan rompakkan. “saya faham, tapi mengapa pula pihak pengawal di kawasan itu melihat paparan suami puan di CCTV,” paparan menunjukkan gambar suaminya dan kenyataan isteri Encik Aliff juga mungkin benar. Ada suatu perkara yang pelik sedang berlaku.“satu lagi kes misteri,” bisik hati Inspektor Sham.