SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG A. SHAHIDE . SELAMAT BERKENALAN

PADA RUANGAN "PAGES" TERDAPAT SEBUAH KISAH BEREPISOD TENTANG HAINIK DAN RAKAN-RAKANNYA.
KISAH INI MEMPUNYAI KES DANTERDAPAT BEBERAPA EPISOD DI DALAMNYA.JADI SELAMAT MEMBACA......

KARYA FAIL HITAM [KES 1] SAMBUNGAN 02

EPISOD 2


[PUSAT BANDAR, KAWASAN SUNYI]
Matahari mula menyembunyikan diri. Suaasana malam diterangi dengan lampu berwarna-warni Namun terdapat juga beberapa sudut bandar malap denga cahaya lampu dan hanya terhias dengan sinaran bulan.
Kelihatan seorang wanita berusia lingkungan 20 an sedang melalui satu kawasan yang sunyi sambil membimbit beg tangannya.“ hello, ya kejap lagi aku sampailah” tiba-tiba si pemanggil terdengar dengusan angin. Perbualan mereka terhenti apabila wanita itu serta-merta membuat tendangan memulas menghala ke belakang. Tendangannya serta merta mengenai wajah seorang lelaki yang cuba meragut beg tangannya. Hentakkan yang kuat telah merebahkan peragut tersebut dan terjatuh ke bumi.
“Hello,maaf ada gangguan tadi” tiba-tiba Shima bersuara kembali Si pemanggil dapat meneka apa yang sedang berlaku berdasarkan bunyi yang terhasil daripada tendangan Shima. Dia juga mengetahui bahawa rakannya tidak pernah mengucapkan dan mengungkapkan perasaan takutnya. Berbekalkan pelbagai teknik pergerakan seni mempertahankan diri, Shima berani menentang sesiapa pun. Pernah sekali dia membelasah tiga orang lelaki kerana membuli rakannya.
“jadi, kau sepak kat urat mana” Akmal bersuara membalas.“gila apa! Mampus anak orang ini nanti sapa nak tanggung?” Shima menyatakan pendapatnya. Namun ketika itu Shima bersuara seolah-olah menahan ketawa. Lesung pipit wajahnya terserlah walaupun ditahan.
.
[MAKMAL PROF MICK]
Selepas shima memberikan password yang betul, dia bergegas nasuk ke dalam seolah-olah dikejar seseorang. Sambil berjalan perlahan, dia tersenyum apabila dirinya diperhatikan oleh rakan-rakannya.
“err.. kenapa kau orang pandang macam tu. Ada tak kena kat aku ke?” Shima kemudiannya memerhatikan pakaian yang dipakai khuatir sesuatu yang tak kena dengan bajunya.
“Berapa orang dah kau belasah?” persoalan Shuima dibalas dengan persoalan menyebabkan Shima berasa bengang dan tidak berpuas hati. Hatinya berbisik ” ni mesti kerja Akmal, siap kau”
Dalam ketika itu, “ ehemm, Hainik, ceritakan semula apa yang telah saya beritahu tadi” Prof Mick mula bersuara. “baiklah. Melalui tindak balas kimia campuran bahan…” percakapan Hainik terhenti tiba-tiba apabila Shima bersuara lebih lantang daripadanya. “ ops, street to the point please..” pemikiran Shima mula berserabut apabila diungkit tentang ilmu kimia. Ilmu kimia antara subjek yang paling dibenci kerana penuh sarat dengan symbol bahan.
[
[PUSAT BANDAR, KAWASAN SUNYI]
“adakah encik terjumpa apa-apa benda yang ditinggalkan” soal salah seorang polis kepada seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 20-an. “ ada” remaja tersebut memasukkan sebahagian tangannya dan mengeluarkan sekeping kertas lalu menyerahkan kepada pegawai polis tersebut.
“ PENJENAYAH MERAGUT. NOTA> PERLU DIBAWA KE HOSPITAL DENGAN SEGERA”
“ Ha.. senang kerja akuu” pegawai polis tersebut tiba-tiba tergelak sendirian membuatkan remaja dihadapannya berasa hairan dan cuba mendekati pegawai tersebut membawa hasrat untuk mengetahui isi kandungan tersebut. “ encik polis,taka pa-apa ke?” pegawai tersebut mula berubah reaksi apabila ditegur oleh remaja teersebut. Raut wajah pegawai polis kelihatan agak malu dengan sikap dan tingkah lakunya sendiri.
“er, tak ada apa-apa.” Pegawai tersebut membalas ringkas. Pada ketika itu,kuga pegawai tersebut mengeluarkan telifon bimbitnya dan mendail suatu nombor. “Inspektor, bukan kes misteri”

[MAKMAL PROF MICK]
“apa rasa bahan ini ha? Pahit tak?” Akmal mula bertanya apabila tiba gilirannya. “minum aje” Prof Mick menuangkan bahan tersebut ke mulut akmal sambil tersenyum.
Apabila Hainik,Akmal, Shima dan Arina tersedar dan memcelikkan matanya. Mereka berasa agak pening.
“saya ingin membeitahu satu perkara bahawa bahan ini akan bertindak dengan semula jadi berdasarkan tindakbalas emosi kamu sendiri” Prof Mick bercerita lebar tentang bahan yang dihasilkan. Dalam hatinya masih tertanya-tanya tentang kesan bahan yang telah dihasilkan “ berkesan atau tidak bahan ni” hatinya masih ragu-ragu.